Rabu, 26 September 2012

KESIHATAN


Assalamualaikum...
kali ni aku nak cerita pasal kesihatan pulak.
bagus untuk diri sendiri dan orang lain jugak ni.
selalunya la kan...kita dengar, dengan memakan brokoli boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kanser...tapi kanser yg dinyatakan tak melibatkan pundi kencing...

kali ni, aku nak share something yg interesting...dimana, sebelum ni, aku pun tak tau pasal benda ni tau...


Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini, mendapati bahawa sayuran seperti brokoli dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki dan mendapati bahawa mereka yg makan 5 hidangan atau lebih brokoli dalam seminggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding mereka yg tidak memakannya. brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yg paling protective.

so pada sesiapa yg rasa tak suka makan brokoli tu, rajin-rajinlah makan ye...prevention is better than cure rite...

(^_^)

1 ulasan:

  1. okehhh acik!....hehehe...tapi bukan hang tak makan sayuq ka??...hahaha

    BalasPadam