Sabtu, 3 Januari 2015

Isnin, 29 Disember 2014

Penghujung 2014 dan Akan Datang 2015


Minggu final exam dan penghujung semester 1 tahun 1
Secara rasminya aku bergerak secara keseorangan(single) selepas ini.
Aku harap aku tabah untuk mengharungi tahun yang berikutnya.
Akan aku berikan semangat, dorongan dan memotivasikan diri kepada diriku sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Lupakan episod duka yang melukakan hati.
Doakan aku untuk berjaya dan hanya mampu ku ucap terima kasih kepada yang mendoakan serta hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan anda semua.
Terima kasih.

BE PATIENT AND STAY POSITIVE

Isnin, 14 Julai 2014

Utagha / Utara

Assalamualaikum dan selamat pagi di bumi Malaysia ni.
Selamat menyambut hari nuzul alQuran 1435Hijrah di bulan yang mulia ini.

Okay hari ni aku nak kongsi, nak share dengan hampa semua pasal perkataan/bahasa dari negeri di utara semenanjung Malaysia.
Hampa semua tau kot negeri yang dok kat semenanjung Malaysia ni.
Perlis, Kedah, Penang, dan jugak Perak.
Tetapi negeri Perak ni ada hanya bahagian utara perak sahaja yang banyak bercakap dalam loghat utagha ni.



KOLEKSI BAHASA ORANG UTARA YANG  DOK GUNA
1 ghe-ngau – cakar
2 se-qheyat – reda/ surut
3 hambat – kejar
4 pe-qhembang – bidik (aim)
5 contiang – lukis
6 ligan – kejar
7 cemuih – bosan/jemu
8 tokak – gigit
9 gey-ghek – basikal
10 gon – cerun (bukit kecil)
11 belemoih – comot/ kotor
12 tetomoih – tersungkor
13 ku-tey – cubit
14 tak dan – tak sempat
15 hebiaq – celupar
16 maneh melecaih – tersangat manis
17 Lincun/lencun – basah
18 lokoih – kuyup
19 kawaq – pencuri
20 kanyaq – mentah (berhingus)
21 ketegaq – degil
22 he-ghot petot – senget benget
23 me-ghela – gatal
24 log laq – cemekap/ cuai
25 hawin – pusing
26 punggai – baling/ lempar
27 tengalong – tuju/ baling
28 me-ghe-kah – Kupas/ koyak
29 ayaq achaq – air longkang
30 ha-ghin – hancing
31 kelepiaq – melibas
32 kelolo – “tak berapa betoi”
33 hemoi – “muka tak malu”
34 me-ghe-nyeh – menggatal
35 da-oh – tak “matching”
36 hapak pera’e – bau hapak
37 hijau me-ghe-ngak – telalu “hijau”
38 celuih – muat
39 me-ghelit me-ghelap – berkilau- kilau
40 me-ghe-yup – jauh/ sayup
41 ghem-pang – “tergedik- gedik”
42 kampoi – kumpul/ kaut
43 je-ghang – rebus
44 capoi – celupar
45 te-ghe-bey – lastik
46 melo-ghoih – lucut/ gelongsor
47 me-gho-not – membongkok
48 sene-gheh – selisih
49 be-gha-chaq – comot/ kotor
50 kahaq – nakal
51 pedo – hati-hati
52 peysoh – urus
53 hapuih – tenggelam (lemas)
54 ghan-dok – redah
55 se-ghoh – kebah/ kurus
56 ghen-jong – tinggi lampai
57 pe-gho-ngoih – panas baran
58 takek – ketuk/potong
59 be-ghemba – bersaing/ lumba
60 ghe-tiaq – ikhtiar/ fikir
61 ge-ghet – gigit
62 tahaq – tahan
63 gha-gaih – panjat
64 melewaq – merayau
65 melahaq – kebulur
66 gha-bat – naik/panjat
67 ghim-bok – belasah
68 melilau – jalan- jalan
69 cuak – seram
70 juih – mulut muncung
71 luku – ketuk kepala
72 ghodong – melulu
73 ghedah – redah
74 ayaq seghabat – air sirap
75 peqhasat – sangat dengki
76 mandom – lembap
77 ceghoi/ca-roi – sangat cair
78 tepok – lumpuh
79 gha-bit – terkoyak
80 kok-ko – dukung
81 mai – mari
82 terple’ot – terseliuh
83 gomoi – bergaduh/ bergusti
84 ketit – cubit
85 ga-ghet – gatal/ mengada-ada
86 nala – tersangat
87 mang-kark – buah tak masak
88 bergenuak – berduyun- duyun
89 pediah – makan
90 polok – makan penuh-penuh
91 tey-liang – senget
92 ghe-lin – jeling
93 peng-kaq – kaki tempang
94 me-qhe-nyut – serabut
95 kesot – alih
96 lanyau – bersihkan
97 cempong – angkat/ dukung
98 cepung – kepung
99 conek – ekor
100 depa – mereka
101 gha-let – leka/cuai
102 cey-mey – mata bengkak
103 bakup – mata layu
104 katok – ketuk/pukul
105 buah ce-ghe-mai – buah kat kedah!
106 buah ghe-yang-dot – buah kat kampung2 kedah!
107 ikan ka-ghen – ikan laga
108 bijik ghe-mia – warna keunguan
109 ikan temenung – ikan kembong
110 sendai – ketatkan/ kemaskan
111 ketuat – kutil
112 mengacom – mengadu
113 mengkelan – tersangkut makanan
114 kueh dangai – kueh dari kelapa parut
115 kueh ka-qhaih – kueh macam “bihun”
116 mot – bawak/ muat
117 en-jos – exzos
118 pedai ayam – kunci mangga/padlock
119 pre-wen – sprocket/ freewheel
120 pe-daq – rasa macam “colgate”
121 to-qheh – turis/ calar
122 tunggin buyung – somersault”
123 ponen – pondan/lembut
124 Kesot – Injak
125 Ghamaih – Ramas
126 Pulun – Bersungguh- sunguh
127 Kedeqhat – Kudrat
128 Biaq – Biar
129 Rabat – Panjat
130 Ragaih – Panjat
131 Ghamei – Suka/gembira
132 Terebey – Lastik
133 Cewi – Belagak dgn barang baru beli
134 Belengaih – Kotor
135 Contiang – Lukis
136 Mengkala – Kalau
137 Katik – Kecik
138 Celapak – Dating
139 Se-gheyau – Takut- takut
140 Mengketedarah – Makan
141 Melahaq – Makan
142 Hampa – Mereka
143 Depa – Mereka
144 Merenyam – Gatal (playgirl)
145 Tak dan – Tak sempat
146 Nyeh – Buang hingus
147 Ghe-nyeh – Senyum nampak gigi
148 Singkiaq – Singkir
149 Keleboq – Paya
150 Pulun – Sungguh- sungguh
151 Lagu mana – Macam mana
152 Pokai – Duit dah abis
153 Terejai – Cakap secara kasar
154 Hawaq – Penyamun
155 Ghe-nyeh – Senyum terlebih
156 Kuih – Buang
157 Kelepiaq – Tangan bergerak ke sana sini
158 Lau – Reban ayam
159 Toslet – Lampu suluh
160 Pelekoh – Pukul
161 Luku – Pukul dengan guna tangan (kat kepala)
162 Be-ghetoh – Berlaga
163 Merengit – Hitam
164 Kahaq – Kasar
165 Cekeding – Kurus
166 Lit-lit – Panas
167 Tere – Pandai
168 Hampa – Mereka
169 Ligan – Kejar
170 Gelema – Kahak
171 Herot petot – Bengkang bengkok
172 Je gheluih – Timbus
173 Melahaq – Makan
174 Pengkaq – Jalan tak betul
175 Aiyo – Sambil tepuk dahi
176 Puruih – Lidi
177 Tembun – Gemuk
178 Cemuih – Bosan
179 Cenge – Garang
180 Peronguih – Ganas
181 Juruih – Siram air
182 Pelaq – Kurang ajar
183 Kurang ajaq – kurang ajar
184 Hemoi – Tak kisah
185 Lokoih – Basah
186 koi-koi – Pelan- pelan
187 Baloq liat – Malas
188 Terpe gheluih – Jatuh
189 Terpelohong – Terbuka
190 Tak kelapaq – Tak ingin
191 Tergelinciaq – Tergelincir
192 Koroi – Lekeh
193 Koro – Sorang-sorang
194 Kelepiaq – Tangan bergerak kesana sini
195 Gabuih – Cuci
196 Gabuih – Gabus
197 Hinggut – Goyang
198 Terpeleot – Tergeliat
199 Ghenjong – Panjang
200 Ghalit – Lalai
201 Pelat – Loghat
202 Hang – Kau
203 Tawaq hebiaq – Tawar
204 Maneh melecaih – Manis
205 Ro joh – Tikam
206 Piau – Original
207 Chayaq – Cair
208 Orait – All right
209 Gostan – Undur
210 Go head – Ke hadapan
211 Gohead gostan – Kehadapan- undur
212 Kughuih – Kurus
 
Aku bukan apa, saja nak bagi orang luaq kenai dengan bahasa utagha ni.
Ada yang cakap berbelit lidah la nak sebut, ada yang tak paham tu biasa lah.

Apa apa pon selamat menyebut perkataan ni dengan elok elok naaa.
HAHAHAHAHA

Bubye.
Mulakan pagi hari anda dengan senyuman dan semoga hari ini hari baik anda.
Assalamualaikum
Jumpa lagi.

Ahad, 13 Julai 2014

Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua...
Salam Ramadhan al Mubarak
Salam Satu Malaysia
Salam Perpaduan 
Salam 1-0 #German won World Cup 2014
Hihihihih
Apa habaq ?
Baik kah ? Sihat kah di bulan yang mulia ini ?
Harap-harap semuanya baik belaka lah hendaknya.

Kali ni aku nak cerita tentang bazaar ramadhan.
Aku taktau pon yang 'param' maksudnya adalah bazaar.
Jadi first ramadhan kali ni jatuh pada 29 Jun 2014
Dan pada masa yang sama tarikh tu jugak adalah hari lahir aku.
Tak sambut apa pon hari lahir aku. Lagi pun aku tak kisah kalau tak sambut.
Just ucap dan doa saja lah yang aku harapkan.

Okay balik pada cerita asalnya pasal bazar.
Sekarang ni kita dah melalui separuh daripada bulan ramadhan.
Aku baru jejak 3 tempat bazaar dekat Perlis.
Semestinya bazaar yang paling dekat dengan rumah dekat Kuala Perlis lah dulu. Lepas tu baru lah jejak dekat Kangar dengan Simpang Empat Perlis.
Yang kat tempat lain belum ada kesempatan lagi nak jejak. Mungkin sebab jauh sangat kot. Hehehehe

Macam biasalah banyak aneka juadah untuk berbuka puasa yang dijual dekat bazaar ni.
Memang kena banyak bersabar dan tahan nafsu yang tinggi dalam nak membeli makanan ni.
Tergugat iman kot tengok banyak makanan ni. Semua teringin nak makan.
Nak makan yang tu, nak makan yang ini, nak minum ayaq tu, nak minum ayaq ni.
*sesungguhnya saya sedang berpuasa*
HAHAHAHAHAHAHAHA
Tapi aku selalunya pi beli kuih sajalah. 
Sebab mak dah masak kat rumah takkan nak beli lain plak kot. Membazir
*membazirkan amalan syaitan*  tak elok.
Ni adalah kuih yang aku selalu beli kat bazaar.
Kesukaan mak, kuih talam, popia basah
kesukaan aku, abang dan juga bidi, puding karamel.
onomnomnomnom
hehehe
tapi jarang sangat beli sebab mak kadang dok buat jugak. Sedap manis

Cukup la setakat ni aku nak cerita dulu. Memang tak habis kalau cerita pasal bazar dan makanan ni. 
Hehehehehe
Okay apa pon selamat menjalani ibadah berpuasa ni dengan baik.
Belajar banyak bersabar, tahan nafsu, dan kuatkan iman
Semoga Allah S.W.T. memberkati kita dalam melaksnakan ibadah puasa ini. InsyaAllah.

Semoga kita berjumpa di lain hari. Mungkin lepas raya la aku nak cerita plak.
Hehehehe
Have a nice day everyone. Keep smiling, keep calm, keep healthy.
Assalammualaikum.

*Mario Gotze #Germany #TheScorer



Khamis, 5 Jun 2014

Motivasi

Assalamualaikum
Selamat Pagi Malaysia
Selamat Pagi Perlis
Selamat pagi semuanya

HEHEHEEHEHE
Mulakan pagi hampa semua dengan senyuman
Bak kata omputih 'have a nice day'

Okay kali ni nak post pasal motivasi
Jom kita mai motivasi diri kita ni sat.
Luangkan masa sikit untuk diri sendiri.

Siapakah pendorong yang baik untuk anda? Pendorong terbaik adalah diri anda sendiri. Hanya diri anda sahaja yang boleh mengubah siapa anda di masa sekarang dan siapa anda pada di masa hadapan.


Peristiwa yang telah berlaku, biarkan ia nya jadi pengalaman yang akan membuatkan anda lebih tabah dan matang dalam kehidupan yang mendatang.


 -Ingat, bahawa anda tidak pernah bersendirian.

- Tindakan lebih penting daripada kata-kata yang sia-sia

- Jangan berhenti katakan pada diri sendiri yang anda juga Boleh

- Putus asa adalah sia-sia, mengapa harus mensia-siakan hidup anda?

- Hargai hidup anda, lakukan yang terbaik bukan menyesali kehidupan
  “Jika mereka boleh, kenapa saya tak boleh?”

- Lakukan perkara yang baik, pasti semuanya akan jadi baik-baik

 - Berprasangka baik

 - Usaha, usaha, usaha

 - Sabar jika ada yang menyakiti anda, Allah kan ada? 

 - Yang paling utama, dekatkan diri dengan Allah.




 Ni semua untuk mematangkan diri kita ni. Kita semua kan manusia biasa. Tak sempurna.

Cuma perlu usaha untuk buat yang lebih baik. Itu sahaja.

*Pagi ni saja aku membuang 2 kali dah. Tak sampai setengah jam pon. Taktau la jam berikutnya macam mana.
Takda kena mengena dengan tajuk kita ni. Lari tajuk. HAHAHAHA





Kalau kita gagal atau berjaya tidak menjadi masalah yang penting adalah cara kita menghadapinya.



Okay bubye
Semoga kita berjumpa lagi naaa
Assalamualaikum