Ahad, 13 Julai 2014

Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua...
Salam Ramadhan al Mubarak
Salam Satu Malaysia
Salam Perpaduan 
Salam 1-0 #German won World Cup 2014
Hihihihih
Apa habaq ?
Baik kah ? Sihat kah di bulan yang mulia ini ?
Harap-harap semuanya baik belaka lah hendaknya.

Kali ni aku nak cerita tentang bazaar ramadhan.
Aku taktau pon yang 'param' maksudnya adalah bazaar.
Jadi first ramadhan kali ni jatuh pada 29 Jun 2014
Dan pada masa yang sama tarikh tu jugak adalah hari lahir aku.
Tak sambut apa pon hari lahir aku. Lagi pun aku tak kisah kalau tak sambut.
Just ucap dan doa saja lah yang aku harapkan.

Okay balik pada cerita asalnya pasal bazar.
Sekarang ni kita dah melalui separuh daripada bulan ramadhan.
Aku baru jejak 3 tempat bazaar dekat Perlis.
Semestinya bazaar yang paling dekat dengan rumah dekat Kuala Perlis lah dulu. Lepas tu baru lah jejak dekat Kangar dengan Simpang Empat Perlis.
Yang kat tempat lain belum ada kesempatan lagi nak jejak. Mungkin sebab jauh sangat kot. Hehehehe

Macam biasalah banyak aneka juadah untuk berbuka puasa yang dijual dekat bazaar ni.
Memang kena banyak bersabar dan tahan nafsu yang tinggi dalam nak membeli makanan ni.
Tergugat iman kot tengok banyak makanan ni. Semua teringin nak makan.
Nak makan yang tu, nak makan yang ini, nak minum ayaq tu, nak minum ayaq ni.
*sesungguhnya saya sedang berpuasa*
HAHAHAHAHAHAHAHA
Tapi aku selalunya pi beli kuih sajalah. 
Sebab mak dah masak kat rumah takkan nak beli lain plak kot. Membazir
*membazirkan amalan syaitan*  tak elok.
Ni adalah kuih yang aku selalu beli kat bazaar.
Kesukaan mak, kuih talam, popia basah
kesukaan aku, abang dan juga bidi, puding karamel.
onomnomnomnom
hehehe
tapi jarang sangat beli sebab mak kadang dok buat jugak. Sedap manis

Cukup la setakat ni aku nak cerita dulu. Memang tak habis kalau cerita pasal bazar dan makanan ni. 
Hehehehehe
Okay apa pon selamat menjalani ibadah berpuasa ni dengan baik.
Belajar banyak bersabar, tahan nafsu, dan kuatkan iman
Semoga Allah S.W.T. memberkati kita dalam melaksnakan ibadah puasa ini. InsyaAllah.

Semoga kita berjumpa di lain hari. Mungkin lepas raya la aku nak cerita plak.
Hehehehe
Have a nice day everyone. Keep smiling, keep calm, keep healthy.
Assalammualaikum.

*Mario Gotze #Germany #TheScorer



Tiada ulasan:

Catat Ulasan