Khamis, 20 Februari 2014

Cikgu di Zaman Sekarang

Assalamualaikum semua :)
Mohon maaf kerana lama menyepi di alam blogging ni. hehehe
Almaklum la sebelum  ni sibuk sangat kot sampai takda masa untuk berblogging ni.
:D
Jadi sekarang mulakan pagi anda dengan senyuman :D

Nukilan Seorang Cikgu



Ceritanya...
Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja,besuara lantang,
Meluah rasa mejeling pandang,
Kecik hati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Macam amuk pemain bola dibuang padang..

Ceritanya..
Semalam,
Maruah cikgu diejek-diejek,
Dikata tidak layak jadi pendidik,
Ijazah yangg ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek-pendek,
Pengalaman yang ada disukat cetek..
Telinga cikgu mendegar jelek..

Ceritanya,
Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat,
Hari-hari lambat,kemana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa,cikgu tidak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dalam buku lewat..

Ceritanya,
Hari ini,
Ada cikgu mengajar didepan kelas,
Ada murid dibelakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk 1 kelas,
Tapi yang siap tidak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas-bekas,
Niat dihati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas!

Ceritanya,
Esok-Esok,
Result Exam keluar,
1 sekolah berdebar-debar,
Mak bapak tidak sabar-sabar,
Mesti result anak aku bikin gempar...
Silapsilap masuk surat khabar..

Ceritanya,
Bila result mula diumumkan,
Anak dapat cukup-cukup makan,
Anak menangis mintak ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk,cikgu disalahkn,
Konon cikgu tidak berkelayakan,
Ilmu yang ada tidak cukup padan..
Mak bapak melepas baran,Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapat keputusan nombor satu..

Ceritanya..
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tidak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tidak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih..
Luhur hatinya tetap ditagih,
Hari ini,aku berterima kasih..
Pada guru yang berperit jerih,
Yang tidak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukupla sekadar terima kasih..

Nurkilan seorang bergelar... Cikgu


*Jangan salahkan guru yang dah bertungkus lumus mengajar, mencurahkan ilmu dan memberi pandangan yang baik/positif kalau murid-murid tidak mengikunya. Ibu bapa seharusnya bertanggungjawab mendidik anak anak dahulu dari kecil dan menyemai sikap menghormati orang lain.

Jumpa lagi masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan