Rabu, 22 Mei 2013

Perjalanan hidup Acik

Assalammualaikum
Bersua kembali ke alam blogging.
Hahahaha.
Okay, straight to the point
Aku nak start ceghita ni

Pada 29/06/1993 
Ketika waktu itu telah menunjukkan bahawa keadaan sudah malam
Diterangi dengan pancaran cahaya bulan yang menerangi alam bumi ini
(aku mereka ja ayat kat atas ni, taktau betoi ke dak)
hahahaha
aku dilahirkan di muka bumi ini.
alhamdulillah

dengan berat 3.2 kg dan aku lah yang paling berat diantara adik beradik aku
tapi sekarang aku lah yang paling kuruih -_-
aku dilahirkan di hospital besar taiping, perak
anak jati orang perak lah kan? kan ? kan ?
hehehehe

selepas beberapa hari dilahirkan dan menetap di perak. mungkin tak sampai seminggu
mak, aku, dan abang aku dibawa oleh abah pulang ke kuala ketil, sungai petani, kedah
dan kami sekeluarga menetap di sana untuk beberapa bulan sahaja
sebab abah menjadi cikgu di sekolah menengah tanjung puteri, kuala ketil, sungai petani kedah.

apabila abah dah dapat pertukaran sekolah ke sekolah di negeri perlis.
kami sekeluarga pon pulang ke negeri perlis yang permai lagi mempersona
*cewahhhhhh

kami menetap di kampung hujung tanjung seberang ramai, kuala perlis.
semasa itu kami takda rumah sendiri dan kami menetap rumah peninggalan tok sebelah abah.
aku dibesarkan di situ sehingga la berumur 3 tahun.
dekat kampung boleh ligan ayam, kacau kambing
hahaha
pada umoq aku 3 tahun baru kami ada rumah sendiri dekat taman bukit kubu. 
menetap di situ sampai aku darjah 3 kot.
kot lah. tak ingat. hehehe :D
sekarang menetap di taman peladang jaya :)

tadika KEMAS Kuala Perlis
sekolah rendah, SK Kuala Perlis
sekolah menengah, SMK Kuala Perlis
13 tahun menimba ilmu di kuala perlis
lepas tu menimba ilmu dekat johor plak.
nun jauh di selatan tanah air.
nuhhhh johor jauh gila nuhhh
:D

aku rasa takat ni je lah aku nak berceghita pon
sat lagi kalau ceghita panjang berjela jela hampa bosan
aku tau sangat
hampa semua jangan nak mohong aku.
hihihi


apa apa pon 
aku nak mintak maaf. mungkin cara penyampaian aku terlalu kasaq bagi hampa semua ka.
insyaAllah
lepas ni ada la post yang terbaru

assalammualaikum :)


1 ulasan: